Bercinta Dengan ALLAH..?

|


Tanda Cinta seorang hamba kepada Allah adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka. Sedamgkan tanda cinta yang setinggkat diatasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan syurga..

Akan tetapi, tahukah bahawa puncak dari segala derajat cinta adalah keinginan yg demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan ALLAH di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syariat-NYA dalam segenap sisi kehidupan. Cinta yang melebihi segala cinta kepada sang kekasih, keluarga dan sanak saudara. Memosisikan Allah layaknya Sang Kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-NYA, mendekatkan diri pada-NYA dengan berbagai cara, dan rindu untuk menjerut tali kasih serta berjumpa dengan-NYA.

Betapa indahnya bercinta dengan ALLAH,yang dengan cinta-NYA, seluruh isi bumi dan langit pun memuji-NYA.

Jawapan nya Ada Pada Islam

|

Rapper Perancis peluk Islam





Majalah Paris Match edisi 8 Oktober 2009 menyiarkan artikel mengenai pengislaman penyanyi rap Perancis, Diam's atau nama sebenarnya, Melanie Georgiades, lengkap dengan gambarnya berjubah dan bertudung.

Menurut artikel itu, Diam's, sejak memeluk Islam dan berpakaian demikian tidak pernah lagi meninggalkan rumah tanpa menutup aurat, jauh sekali daripada bersalaman dan berciuman dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam edisi 8 September 2009, ia menyiarkan gambar penyanyi berkenaan keluar dari sebuah masjid di Paris. Gambar itu rakam secara sembunyi oleh jurugambar majalah itu ketika Diam;s keluar dari Masjid Gunfille, timur laut Paris, bersama-sama suaminya.

Penampilannya begitu berbeza jika dibandingkan dengan gaya pemakaiannya dalam siaran televisyen selaku penyanyi rap sebelum ini.

Bagaimanapun, perubahan drastik Diam's berlaku dua bulan selepas dia berkahwin dengan pemuda Islam yang hanya dikenali sebagai Aziz. Ia juga berkait dengan tekanan perasaan yang dialami penyanyi itu selepas meraih kejayaan.

Tekanan perasaan itu, menurut Paris Match, mendorong Diam's mengasingkan diri di samping mencari jalan alternatif bagi membolehkannya menjalani kehidupan lebih sempurna.

Dia pernah berkata kepada media Perancis : "Saya gagal menemui penyelesaian terhadap masalah yang selama ini membelenggu jiwa saya, termasuk menerusi perubatan. Kerana itu saya beralih kepada agama."

Dan dalam satu lagi kenyataannya, dia berkata: "'Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram seperti yang diinginkan. Saya hanya memperoleh ketenteraman itu daripada Allah SWT."

Sumber berkata, rapper itu mengenali Islam menerusi beberapa temannya yang menganut agama itu, termasuk artis Perancis keturunan pendatang, seperti Amel Bent yang keturunan Maghribi dan Jamal Dabouz yang banyak membantu kariernya.

Menurut laporan, ibu bapa Diam's yang beragama Katolik bercerai ketika dia masih kecil dan penyanyi itu pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun.

Dia dilahirkan pada 25 Julai 1980 di Nicosia, Cyprus dan ibu bapanya keturunan Perancis dan Greese.

Karier muziknya bermula apabila dia menyertai sebuah kumpulan amatur pada 1994.

Pada 1998, dia menandatangani perjanjian perkembangan bakat dengan BMG Music. Dengan bantuan penerbit itu, Diam's menyertai Universal Records pada 1999. Dia muncul dengan lagi dalam album DJ Mehdi pada 2002 berjudul '(The Story Of) Espion.'

Lagu Brut de Femme yang dirakam pada 2003 menjulang namanya apabila ia berjaya meraih 10 tempat teratas lagu terbaik di Perancis.

Setahun berikutnya, rapper itu mula membabitkan diri dalam penulisan lirik lagu dengan 'Ma Philosophie,' yang dinyanyikan oleh bintang Pop Idol, Amel Bent. Lagu itu berjaya menduduki senarai teratas lagu terbaik Perancis pada 2005.

Album Dans Ma Bulle yang mengandungi lagu nyanyian Diam's dijual sebanyak 50,000 keping pada minggu pertama pelancarannya sementara single pertamanya dari album itu, La Boulette mendapat sambutan hangat dan kekal di tempat pertama carta lagu popular Perancis selama enam minggu berturut-turut.

Lagunya Jeune Demoiselle, Ma France à moi dan Confessions nocturnes juga mendapat sambutan.

Dans Ma Bulle seterusnya menjadi album paling banyak terjual di Perancis pada 2006 hingga mencapai status intan (jualan melebihi sejuta keping). Ia juga membolehkan Diam's meraih anugerah Aksi Terbaik Perancis pada Anugerah MTV Muzik Eropah pada tahun berkenaan.

Diam's turut terkenal sebagai aktivis politik menerusi lirik lagu dan juga kegiatan hariannya. Dia menentang kuat dasar antipendatang parti pelampau kanan negara itu yang diketuai Jean-Marie Le Pen. Turut menjadi sasaran sindirannya menerusi lagu ialah Presiden Perancis ketika ini, Nicolas Sarkozy.

Lagu-lagunya juga sering diputar dalam kempen Amnesty International.

Sekalipun telah menjadi muslimah dan berpakaian menutup aurat, namun Diam's tidak terus meninggalkan industri muzik.

Dia ketika ini sibuk menyiapkan album baru bertema Anak-Anak Sahara, yang mengisahkan bencana kelaparan dan penderitaan yang dialami oleh anak-anak di benua kecil Sahara.

Dalam klip terbarunya, dia tetap membawakan lagu rap tetapi dengan gaya dandanan yang jelas berbeza berbanding sebelumnya. Dalam setiap penampilan barunya kini ia pasti menutup auratnya, termasuk rambut,

Diam's memeluk Islam ketika media massa dan dunia politik Barat banyak mengulas mengenai Islam, terutama selepas serangan 11 September 2001. Media Massa Perancis sebelum ini turut mengulas panjang lebar mengenai pengislaman Franck Ribery, pemain bola sepak negara itu selepas berkahwin dengan wanita keturunan Maghribi.

Selamat Menjadi tetamu Allah

|

Selamat menjadi tetamu Allah..selamat menunaikan haji pada tahun ini

Allah s.w.t. telah menjadikan Rumah Allah yang mulia (Ka’bah) itu tempat perkunjungan orang ramai dan tempat aman kesentosaan, dan Allah telah meletakkannya di tempat yang paling tinggi, dengan dinisbahkannya kepada diriNya sebagai tanda kemuliaan, kehormatan dan keutamaan. Kemudian Allah telah menjadikan berziarah kepadanya serta bertawaf di sekelilingnya sebagai pelindung antara hamba dengan penyiksaanNya.

Haji itu pula merupakan salah satu dari Rukun-rukun Islam dan sendi-sendinya yang terkuat, diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan menyempurnakan ibadat Haji itu akan tersempurna pulalah Islam seseorang itu dan lengkaplah agamanya.

CARA UNTUK MENGENALI KESUKAAN SESEORANG

|

Kalau kita nak tahu seseorang itu apa kesukaannya,
Tidak perlu berkenal berlama-lama,
Sekalipun orang itu kita belum kenal dengannya,
Kalau kita berbual-bual dengannya sejam lamanya,
Kita kenal siapa dia,
Kalau boleh biarkan dia bercakap kita mendengar sahaja,
Apa yang dia banyak cakapkan,Itulah dirinya,
Berdasarkan panduan Rasulullah menyebut
“Kalau seseorang itu suka sesuatu banyak menyebutnya”
Kalau di masa satu jam itu dia banyak bercerita tentang makan minum,
Itulah dia kesukaannya,Kalau dia banyak menyebut duit dan kekayaan,Itulah dia jiwanya,Kalau dia banyak menyebut perempuan,
Itulah hobinya,Kalau dia menyebut banyak kesusahanErtinya dia tidak sanggup menanggung penderitaan,
Kalau orang itu suka menyebut dirinya,
kelebihannyaDan kemampuannya,
Orang itu hidupnya suka orang memujinya,
Kalau orang itu suka menyebut kejahatan orang Dan keburukan orang,Orang itu adalah jahat, itu kaki mengumpat namanya,
Kalau ilmu dia suka menyebutnya,
Kalau suka membaca dan beritahu orang itu hobinya ilmuAtau suka menunjuk-nunjuk ilmu,Kalau orang itu menyebut Tuhan selalu,
Menyebut-nyebut dosanya, merasa lemah dan bersalah,Selalu diulang-ulang perkataan itu di dalam perbualannya,
Menunjukan orang itu beragama,
Begitulah seterusnya kalau orang itu berkataDi dalam perbualannya dengan kitaBanyak menyebut tentang sesuatu perkara,
Itulah kesukaannya,Begitulah kita kalau hendak mengenali orang,Sekalipun kita tidak kenal dia,Kalau kita berjumpa dia dengar sahaja dia berkata-kata,Cukup sejam sahaja,Kita kenal siapa dia.

Allah Sumber Bahagia

|

Allah Taala adalah sumber bahagia
Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa sedap
Sekalipun belum tentu dikabulkan doa
Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan
Sudah terasa lazatnya
Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya
Allah Taala terasa dekat
Tapi tidak berantara dan bercara
Ia terasa ada di mana-mana
Tapi tidak ada di sana
Kita terasa sangat Ia bersama kita
Semuanya tidak bercara
Tuhan dirasakan sangat diperlukan
Masya-Allah indahnya bertuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata
Setiap detik dia mengurniakan
Allah! Allah! Allah!
Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita
Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan!

PADA ALLAH ADA SEGALA-GALANYA

|


Pada Allah ada segala-galanya, rebutlah, rebutlah
Pada-Nya ada keindahan, padanya ada kebahagiaan, padanya ada ketenangan
Pada-Nya ada keselamatan, pada-Nya ada jaminan
Carilah, carilah, tiada lain selain Allah
Mencari keindahan dengan Allah tidak akan berkesudahan
Mencari kebahagiaan dengan Allah tiada akhirnya
Mencari ketenangan dengan Allah tiada kecewa
Carilah, rebutlah, carilah
Keselamatan hakiki pada Allah serahlah diri pada-Nya
Jangan ragu-ragu jadikanlah Allah penyelamat kita
Tiada penyelamat selain dari Allah
Serahlah diri Allah menjamin keselamatan kita
Banyak manusia mencari kebahagiaan tidak nampak jalan
Banyak manusia mencari keselamatan, tapi jurang diterjuninya
Banyak manusia mencari ketenangan , tidak berjumpa
Kerana panduan adalah akal dan nafsunya
Bukankah Quran jalannya, Hadis penyuluhnya
Tiada jalan selainnya, tiada penyuluh selainnya
Tempuhlah jalan ini, gunakan penyuluhnya
Segala-galanya kita akan dapat dari Tuhan

Tenanglah Wahai Jiwa...

|



Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab..

JANGAN MENGELUH ....
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya... KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ? -Surah At-Taubat ayat 111

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB 'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubat ayat 129

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!! QURAN MENJAWAB "...... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Renugan bersama...

|

Sekadar untuk renungan bersama......
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

=======================================================

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.

Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

Kami Bertaubat YA ALLAH..

|


Ya Allah..Ya Tuhan kami
hamba-hamba Mu yang dhoif dan tidak berdaya ini menadah tangan..
memohon munajat meminta kepada Mu Ya Allah. degarlah rayuan hamba MU ini,
ampunilah kami, ampunkan lah dosa kedua ibu bapa kami, jadikan lah kami insan-insan yang mentaati perintah Mu, bukakanlah hati-hati kami Ya Allah, Jangan ENGKAU butakan hati kami dari melihat kebenaran..jangan ENGKAU tutup hati kami YA ALLAH..
dari menerima ajaran MU, kami tidak mahu menjadi fitnah di hari yang kekal abadi iaitu hari akhirat.
Kami yang tak berdaya ini menadah tangan..
Kami memohon taubat pada Mu..YA ALLAH
dengan sungguh-sungguh
kami akan kembali pada MU YA ALLAH
kami sesungguhnya menyesal diatas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan
Bawakanlah kami kejalan yang lurus, iaitu jalan yang ENGKAU redhai,
istiqomahkan kami YA ALLAH..hingga akhir hayat kami....Aminn..Ya Rabul A'lamin.

Layar Keinsafan

|

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenanganBiar
Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepada
MuTuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenanganBiar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakarBerikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Sentiasalah Berpegang Pada Redha Allah Saat Tertimpa Musibah

|

Rasullulah S.A.W yang ma'shum diusir dengan paksa dari Makkah,tempat keluarga,anak-anak,rumah,dan kampung halaman,lalu pergi ke Thaif mncari perlindungan,yang justeru disambaut dengan dusta dan penolakan yang keji. Batu-batu,seksaan,caci-maki,dan umpatan,semuanya dilemparkan ke arahnya.

Kedua mata beliau mencucurnya air mata duka, kedua kakinya mengalirkan darah suci, dan kalbunya terpangang oleh pahitnya musibah, maka kepada siapakah meminta perlindungan? Kepada siapa harus minta pertolongan? kepada siapa harus mengadu? Kepada siapa harus menghadap? Hanya satu...kepada Allah Yang Maha Kuat, Maha Kuasa, Maha Tinggi, dan Maha Menolong.

Rasullulah S.A.W menghadap dirinya ke arah qiblat, menuju Tuhannya, dan bersyukur kepadaNYA, sedang lidah mengeluarkan ungkapan pengaduan, bisikan yang tulus, dan pemintaan yang mendesak.Dia memohon sambil menangis, dan mengadu kerana dizalimi dan disakiti.

Takaran misibah terukur dengan tangisan
dan beratnya tragedi
membuat pipi haus akan air mata.
Bencana masa telah menutupi wajah
dengan awan kedukaan yang pekat
disertai hujan tangisan

Sekarang dengarkanlah permintaan Rasullulah S.A.W kepada TuhanNya pada malam Nakhlah ketika beliau berdoa :

Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu akan lemahnya kekuatanku, kurang dayaku, remehnya aku dimata orang lain. Engkau Maha Penyayang di antara para penyayang, Tuhan orang-orang tertindas. Engkau adalah Tuhanku; kepada siapakah engkau menyerahkan diriku, apakah kepada kerabat yang memusuhiku atau kepada musuh yang Engkau kuasakan kepadanya urusanku. Akan tetapi, aku tidak peduli dengan semuanya selama engkau tidak murka terhadapku, sedang pemaafMU kepadaku lebih luas (daripada murkaMU). Aku berlindung kepada cahaya DzatMu yang menerangi kegelapan dan urusan dunia dan akhiratku
menjadi baik kerananya, agar jangan Engkau turunkan murka-Mu kepadaku atau Engkau timpakan kemarahan-Mu kepadaku. Hanya Engkaulah aku memohon belas kasihan hingga Engkau redha. Tiada daya (untuk melakukan ketaatan),kecuali dengan pertolonganMU. Aminn
|

Rasullulah s.a.w bersabda : "Tidaklah seorang hamba menghadap Allah dengan sepenuh hatinya,melainkan Allah akan menjadikan hati para hambaNya menerima dan menghampirinya dengan rasa cinta serta kasih sayang. Allah lebih cepat daripada dia dalam mewujudkan segala kebaikan."

Senyum..Senyuman mu amat menawan dan menghiburkan.. Percayalah... :)

|

smile Pictures, Images and Photos

Senyumlah tinggalkan tagisanmu untuk Manusia..Hiburkan Hati Mu dan insan2 disisimu...Belajarlah untuk Sentiasa Tersenyum... :)



Senyumlah!
Tersenyumlah!
Tertawa yang wajar itu laksana 'balsem' bagi kegalauan dan 'salep'
bagi kesedihan. Pengaruhnya sangat kuat sekali untuk membuat jiwa
bergembira dan hati berbahagia. Bahkan, karena itu Abu Darda' sempat
berkata, "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku.
Dan Rasulullah s.a.w. sendiri sesekali tertawa bingga tampak gerahamnya.
Begitulah tertawanya orang-orang yang berakal dan mengerti tentang
penyakit jiwa serta pengobatannya."

Dan salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni surga
adalah tertawa.
{Maka pada hari ini orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir.}
(QS. Al-Muthaffifin: 34)
Orang Arab senang memuji orang yang murah senyum dan selalu
tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan
pertanda kelapangan dada, kedermawanan sifat, kemurahan hati,
kewibawaan perangai, dan ketanggapan pikiran.


Dalam Faidhul Khathir, Ahmad Amin menjelaskan demikian: "Orang
yang murah tersenyum dalam menjalani hidup ini bukan saja orang yang
paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang paling sanggup memikul tanggung jawab, orang
yang paling tabah menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan,
serta orang yang paling dapat menciptakan hal-hal yang bermanfaat bagi
dirinya sendiri dan orang lain."

YA ALLAH!

|

Ya Allah!
{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}
(QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup
kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya
Allah!"
Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang
jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya,
mereka akan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"
Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah:"Ya Allah!"

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap
gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam
Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang,
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang
menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundah gulanakan
hati adalah hanya ditujukan ke hadirat-Nya.
Setiap dini hari menjelang, tadahkan kedua telapak tangan,
julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah-
Nya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya
untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu,
hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang, dan iman
kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya,
keyakinan akan semakin kukuh. Karena,
{Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.}
(QS. Asy-Syura: 19)
Allah: nama yang paling bagus, susunan huruf yang paling indah,
ungkapan yang paling tulus, dan kata yang sangat berharga.
{Apakah kamu tahu ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut
disembah)?}
(QS. Maryam: 65)
Allah: milik-Nya semua kekayaan, keabadian, kekuatan, pertolongan,
kemuliaan, kemampuan, dan hikmah.
{Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Mengalahkan.}
(QS. Ghafir: 16)
Allah: dari-Nya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan, bantuan,
cinta dan kebaikan.
{Dan, apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lab. (datangnya).}
(QS. An-Nahl: 53)
Allah: pemilik segala keagungan, kemuliaan, kekuatan dan
keperkasaan.

Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap Yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, di tengah keagungan-Mu, wahai Rabku

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan
kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa
tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa
kantuk dari-Mu yang menentramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak
ini kedamaian. Dan, ganjarlah dengan kemenangan yang nyata. Wahai Rabb,
tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu.
Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan
tuntunlah kami yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-
Mu.
Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan
memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secerah
sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala
tentara-Mu.
Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah
kegundahan dari jiwa kami semua.
Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera.
Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami
memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau
sebagai Pelindung kami, karena Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan
Penolong.
Amin Ya Rabal ‘Alamin

Qadha dan Qadar

|

Qadha' dan Qadar
{Tiada suatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri,
melainkan dia telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya.}
(QS. Al-Hadid: 22)
Tinta pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan
telah disimpan, setiap perkara telah diputuskan dan takdir telah ditetapkan.
Maka,
{Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah
ditetapkan oleh Allah bagi kami."}
(QS. At-Taubah: 51)
Apa yang membuat Anda benar, maka tak akan membuat Anda salah.
Sebaliknya, apa yang membuat Anda salah, maka tidak akan membuat Anda
benar.
Jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa Anda dan kukuh
bersemayam dalam hati Anda, maka setiap bencana akan menjadi karnia,
setiap ujian menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan
dan pahala.
"Barangsiapa yang oleh Allah dikehendaki menjadi baik maka ia akan diuji
oleh-Nya." (Al Hadits)
Karena itu, jangan pernah merasa gundah dan bersedih dikarenakan
suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah
terbakar. Betapapun, sesungguhnya Sang Maha Pencipta telah menentukan
segala sesuatunya dan takdir telah bicara. Usaha dan upaya dapat
sedemikian rupa, tetapi hak untuk menentukan tetap mutlak milik Allah.
Pahala telah tercapai, dan dosa sudah terhapus. Maka, berbahagialah
orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka
terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Pemberi, Maha Mengekang lagi
Maha Lapang.
{Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan
ditanyai.}
(QS. Al-Anbiya: 23)
Saraf-saraf Anda akan tetap tegang, kegundahan jiwa Anda tak akan
reda, dan kecemasan di dada Anda tak akan pernah sirna, sebelum Anda
benar-benar beriman terhadap qadha' dan qadar.

Tinta pena telah mengering bersamaan dengan semua hal yang akan
Anda temui. Maka, jangan biarkan diri Anda larut kesedihan. Jangan mengira
diri Anda sanggup melakukan segala upaya untuk menahan tembok yang
akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tak
bertiup, atau memelihara kaca agar tak pecah. Adalah tak benar bila semua
itu dapat terjadi dengan paksaanku dan paksaanmu, karena apa yang telah
digariskan akan terjadi. Setiap ketentuan akan berjalan dan semua keputusan
akan terlaksana. Demikianlah "orang bebas memilih; boleh percaya dan tidak"
Anda harus menyerahkan semua hal kepada takdir agar tak ditindas
oleh bala tentara kebencian, penyesalan dan kebinasaan. Dan, percayalah
dengan kebenaran qadha' sebelum Anda dilanda banjir penyesalan! Dengan
begitu, jiwa Anda akan tetap tenang menjalani segala daya upaya dan cara
yang memang harus ditempuh. Dan bila kemudian terjadi hal-hal yang tidak
Anda inginkan, maka itu pun merupakan bagian dari ketentuan yang memang
harus terjadi. Jangan pula pernah berandai, "Seandainya saja aku melakukan
seperti ini, niscaya akan begini dan begini jadinya." Tapi katakanlah, "Allah telah
menakdirkan, dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan." (Al-Hadits)

Rebutlah Kasih Sayang Allah

|

Si ibu sangat arif bahawasanya kasih sayang sangat-sangat diperlukan oleh naluri dan tujuannya berpesan kepada anak gadisnya agar kasih dari suami akan turun kepada anaknya. Dengan kasih sayanglah si isteri bersemangat untuk menghadapi apa jua beban rumahtangga yang berat-berat. Dia merebut kasih sayang dari suaminya dengan satu modal saja iaitu berbuat sesuatu yang disukai oleh suaminya dan menjauhkan sesuatu yang tidak disukai oleh suaminya.
Begitu juga dengan kehidupan seorang pelajar. Pelajar akan merasa puas dengan apa yang dipelajarinya jikalau menerima kasih sayang dari gurunya. Dan untuk mendapatkan kasih sayang guru seseorang pelajar harus mempelajari adab dan tatasusila berhadapan dengan guru.
Begitu juga apabila kita berhadapan dengan hidup dan keluarga. Seseorang itu akan merasa puas sekiranya ibu dan ayahnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Tanyalah diri kita sendiri, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada gurunya, mengapa terlalu ramai manusia merebut kasih sayang daripada ibu dan ayahnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada pemimpinnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang daripada kekasihnya, mengapa manusia terlalu ramai merebut kasih sayang dari manusia yang lain.

Mengapa tidak ramai manusia yang mahu merebut kasih sayang Tuhan sedangkan kasih sayang Tuhan itu lebih murni daripada kasih sayang yang diberikan oleh manusia. Kasih sayang Tuhan kekal abadi, kasih sayang sayang makhluk hanya sementara. Mengapa terlalu sedikit manusia berbuat atau beramal kerana merebut kasih sayang daripada Tuhan. Lihatlah betapa gigihnya seseorang itu sanggup bekerja untuk mendapatkan kasih sayang daripada pemimpinnya. Begitu juga lihatlah betapa gigihnya seorang kekasih yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi kekasihnya. Sedangkan dengan Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam, yang menjadikan kita, yang memberikan kita rezeki, kepandaian dan yang akan mematikan kita, kita buat tidak nampak sahaja. Ibadah kita cuai. Mungkin di antara kita ada yang tidak pernah bersembahyang dan pergi ke masjid. Sepatutnya kita bekerja lebih gigih untuk mendapatkan kasih sayang daripada Allah. Apabila kasih sayang Allah mencurah-curah, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan menghadapi segala rintangan kehidupan.
Kalau kasih sayang sayang daripada guru kita sahaja menyebabkan kita bersemangat untuk belajar, maka jika kasih sayang daripada Allah s.w.t, lebih-lebih lagilah kita akan mendapat kekuatan dan kelapangan fikiran di dalam memahami setiap pelajaran yang akan diajarkan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mengkoreksi diri kita, adakah telah selesai ibadah kita dengan Allah s.w.t daripada segi solatnya, dari segi penutupan auratnya atau dari segi adab dan tatasusila dengan guru, ibubapa, kawan-kawan dan manusia yang lain yang Allah perintahkan kepada kita untuk kita sempurnakan.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberikan menfaat kepada manusia yang lain".
Dan Allah s.w.t Taala berfirman di dalam Al Quran di dalam surah Al Baqarah, ayat 165 : "Dan mereka yang beriman itu, sangat kasih kepada Allah s.w.t."
Rebutlah kasih sayang dari Allah, nescaya manusia akan mengasihi kita. Dan ingatlah, kasih kita kepada manusia hanya sementara, sedangkan kasih kita kepada Allah s.w.t itu kekal abadi dan membawa kebahagian di dunia dan selepas mati.

Teman di dalam kubur

|

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!".
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat".
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada dialam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman didunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikankita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

Malam tak selamanya...siang akan menganti

|

Jangan bersedih! Karena rasa sakit akan sembuh, dugaan akan pergi,
dosa akan terampuni, hutang akan terbayar, kebelegguan akan dibebaskan,
orang yang hilang akan kembali, orang yang melakukan kemaksiatan akan
bertaubat, dan orang yang fakir akan menjadi kaya.

Jangan bersedih! Tidakkah Anda memperhatikan bagaimana awan
hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat menjadi terang
benderang, angin yang sedemikian kencang itu mendadak tenang, dan angin
puyuh itu tiba-tiba terhenti? Semua itu menandakan bahawa beban hidup
Anda yang seberat apapun dapat hilang dan berubah menjadi kebahagiaan.
Bahkan, kesengsaraan hidup Anda pun pasti akan berakhir pada kehidupan
yang aman, tenteram dan menjanjikan masa depan yang gemilang.

Jangan bersedih! Karena teriknya sinar matahari akan diteduhkan oleh
bayangan, rasa haus yang mencekik di siang hari akan disegarkan oleh
air yang dingin, dan rasa lapar yang melilit akan dikenyangkan oleh sepotong
roti yang hangat. Bukankah keletihan karena berjaga malam akan
berujung pada tidur yang nyenyak, dan perasaan sakit akan tergantikan
oleh kesegaran? Karena itu, bersabar dan tunggulah barang sejenak.
Jangan bersedih, meskipun para dokter sudah kehabisan cara, kalangan
para ulama tidak lagi dapat berbuat
apa-apa, para penyair hanya dapat menggeleng-gelengkan kepala, dan semua
usaha tidak lagi ada yang berguna di hadapan takdir, qadha dan keniscayaan
Allah.
Ali ibn Abi Talib mengatakan,
"Semoga jalan keluar terbuka, semoga
kita bisa mengobati jiwa kita dengan doa.
Janganlah engkau berputus asa manakala
kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah
ketika telah terbentur pada putus asa."

Terimalah Setiap Pemberian Allah dengan Rela Hati

|

Terimalah Setiap Pemberian Allah dengan Rela Hati,
Nescaya Anda Menjadi Manusia Paling Kaya
{Sebab itu, berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan
hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.}
42
(QS. Al-A'raf: 144)
Sebagian besar ulama salafus salih dan generasi awal umat ini adalah orang-
orang yang secara materi termasuk fakir miskin. Mereka tidak memiliki
harta yang berlimpah, rumah yang megah, kendaraan yang bagus, dan juga
pengawal pribadi. Meski demikian, mereka ternyata mampu membuat kehidupan
ini justru lebih bermakna serta membuat diri mereka dan masyarakatnya lebih
bahagia. Yang demikian itu, adalah karena mereka senantiasa memanfaatkan
setiap pemberian Allah di jalan yang benar. Dan karena itu pula, umur, waktu,
dan kemampuan atau ketrampilan mereka menjadi penuh berkah.

Cuba pandang
dari kelompok manusia yang dikarunia Allah
dengan kekayaan yang meruah, anak yang banyak, dan nikmat yang berlimpah.
Tetapi semua itu justru menyebabkan diri mereka senantiasa merasa penuh
penderitaan, kecemasan dan kegelisahan. Adapun penyebabnya, tak lain adalah
karena mereka telah menyimpang dari fitrah dan tuntunan hidup yang benar.
Ini menjadi bukti nyata bahwa segala sesuatu (kekayaan, anak, pangkat, jabatan,
kehormatan dan lain sebagainya) adalah bukan segala-galanya.

Jika kita ingin bahagia, maka terimalah dengan rela hati bentuk
perawakan tubuh yang diciptakan Allah untuk kita, apapun kondisi
keluarga kita, bagaimanapun suara kita, seperti apapun kemampuan daya
tangkap dan pemahaman Anda, serta seberapapun penghasilan Anda.
Bahkan, kalau ingin meneladani para guru sufi yang zuhud, maka
sesungguhnya mereka telah melakukan sesuatu yang lebih dari sekadar
apa yang disebutkan itu. Mereka selalu berkata, "Sesungguhnya kami senantiasa
tetap senang hati menerima sesedikit apapun yang kami miliki dan rela
dengan segala sesuatu yang tidak kami miliki."
Berikut ini adalah beberapa tokoh terkenal yang kehidupan duniawi
mereka kurang beruntung.
1. Atha' ibn Rabah, orang yang paling alim pada zamannya adalah
seorang mantan budak berkulit hitam, berhidung pesek, lumpuh tangannya,
dan berambut keriting.
2. Ahnaf ibn Qais, orang Arab yang dikenal paling sabar dan penyantun
ini sangat kurus tubuhnya, bongkok punggungnya, melengkung betisnya
dan lemah postur tubuhnya.
3. al-A'masy, ahli hadits kenamaan di dunia ini adalah sosok manusia
yang sayu sorot matanya dan seorang mantan budak yang fakir, compangcamping
baju yang dikenakannya, dan tidak menarik penampilan diri dan
rumahnya.
Bahkan, semua nabi dan rasul Allah adalah pernah menjadi
penggembala kambing. Dan, meskipun mereka termasuk manusia-manusia
pilihan Allah dan sebaik-baik manusia, pekerjaan mereka pun tak jauh berbeza
dengan manusia pada umumnya. Nabi Daud adalah seorang tukang besi,
Nabi Zakaria seorang tukang kayu, dan Nabi Idris seorang tukang jahit.
Kita tahu bahwa mereka adalah orang-orang pilihan.

Ini mengisyaratkan bahwa harga diri kita ditentukan oleh
kemampuan, amal salih, kemanfaatan, dan akhlak kita. Karena itu,
janganlah kita bersedih dengan wajah yang kurang cantik, harta yang tak
banyak, anak yang sedikit, dan rumah yang tak megah! Singkatnya,
terimalah setiap pembagian Allah dengan penuh kerelaan hati.
{Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan
dunia.}
(QS. Az-Zukhruf: 32)

Pandanglah Disekeliling,kemulian bersama ANDA

|

Yakinilah Bahwa Anda Tetap Mulia Bersama Para
Penerima Cubaan!
Tengoklah kanan kiri, tidakkah Anda menyaksikan betapa banyaknya
orang yang sedang mendapat cubaan, dan betapa banyaknya orang yang
sedang tertimpa bencana? Telusurilah, di setiap rumah pasti ada yang
merintih, dan setiap pipi pasti pernah basah oleh air mata.

Sungguh, betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa
banyak pula orang-orang yang sabar menghadapinya. Maka Anda bukan
hanya satu-satunya orang yang mendapat cubaan. Bahkan, mungkin saja
penderitaan atau cubaan Anda tidak seberapa bila dibandingkan dengan
cubaan orang lain. Berapa banyak di dunia ini orang yang terbaring sakit di
atas ranjang selama bertahun-tahun dan hanya mampu membolak-balikkan
badannya, lalu merintih kesakitan dan menjerit menahan nyeri.
Berapa banyak orang yang dipenjara selama bertahun-tahun tanpa
pernah dapat melihat cahaya matahari sekalipun, dan ia hanya mengenal
jeriji-jeriji penjara.
Berapa banyak orang tua yang harus kehilangan buah hatinya, baik
yang masih belia dan cucu-cucunya, atau yang sudah remaja dan penuh
harapan.
Betapa banyaknya di dunia ini orang yang menderita, mendapat ujian
dan cubaan, belum lagi mereka yang harus setiap saat menahan himpitan
hidup.

Kini, sudah tiba waktu Anda untuk memandang diri Anda mulia
bersama mereka yang terkena musibah dan mendapat cubaan. Sudah tiba
pula waktu Anda untuk menyedari bahawasanya kehidupan di dunia ini
merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan tempat kesusahan dan
cubaan. Di pagi hari, istana-istana kehidupan penuh sesak dengan
penghuninya, namun menjelang senja istana-istana itu ambruk menjadi
runtuhan. Mungkin saat ini kekuatan masih sempurna, badan masih sihat,
harta melimpah, dan keturunan banyak jumlahnya. Namun dalam beberapa hitungan
hari saja semuanya bisa berubah: jatuh miskin, kematian datang secara tibatiba,
perpisahan yang tak bisa dihindarkan, dan sakit yang tiba-tiba
menyerang.
{Dan, telah nyata bagimu bagaimana Kami berbuat terhadap mereka dan telah
Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan.}
(QS. Ibrahim: 45)
Sebaiknya Anda mempersiapkan diri sebagaimana kesiapan seekor unta
berpengalaman yang akan mengiringi Anda menyeberangi padang sahara.
Bandingkan penderitaan Anda dengan penderitaan orang-orang di sekitar
Anda dan orang-orang sebelum Anda, niscaya Anda akan sadar bahwa Anda
sebenarnya lebih beruntung dibanding mereka. Bahkan, Anda akan
merasakan bahwa penderitaan Anda itu hanyalah duri-duri kecil yang tak
ada artinya. Maka, panjatkan segala pujian kepada Allah atas semua
kebaikan-Nya itu, bersyukurlah kepada-Nya atas semua yang diberikan

kepada Anda, bersabarlah atas semua yang diambil-Nya, dan yakinilah
kemuliaan Anda bersama orang-orang menderita di sekitar Anda.
Banyak suri tauladan Rasulullah s.a.w. yang perlu Anda contoh.
Syahdan, beliau pernah dilempar kotoran unta oleh orang-orang kafir
Makkah, kedua kakinya dicederai dan wajahnya mereka lukai. Dikepung
dalam suatu kaum beberapa lama hingga beliau hanya dapat makan
dedaunan apa adanya saja, diusir dari Makkah, dipukul gerahamnya hingga
retak, tujuh puluh sahabatnya terbunuh,
dan seorang putera serta sebagian besar puterinya meninggal dunia pada
saat beliau sedang senang-senangnya membelai mereka. Bahkan, karena
terlalu laparnya, beliau pernah mengikatkan batu di perutnya untuk menahan
lapar.
Beliau pernah pula dituduh sebagai seorang penyair (bukan penyampai
wahyu Allah), dukun, orang gila dan pembohong. Namun, Allah
melindunginya dari semua itu. Dan semua hal tadi merupakan cubaan yang
harus beliau hadapi dan penyucian jiwa yang tiada tara dan tandingannya.
Sebelum itu, Nabi Zakariya dibunuh kaumnya, Nabi Yahya dijagal,
Nabi Musa diusir dan dikejar-kejar, dan Ibrahim dibakar. Cubaan-cubaan
itu juga menimpa para khalifah dan pemimpin kita; Umar r.a. dilumuri dengan
darahnya sendiri, Utsman dibunuh diam-diam, dan Ali ditikam dari
belakang. Dan masih banyak lagi para pemimpin kita yang juga harus
menerima punggungnya penuh bekas cambukan, dijebloskan ke dalam
penjara, dan juga dibuang ke negari lain.
{Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang
kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang'orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan
bermacam-macam cobaan).}
(QS. Al-Baqarah: 214)

Dengan mengingati Allah, Hati menjadi tenang

|

Kejujuran itu kekasih Allah. Keterusterangan merupakan sabun pencuci
hati. Pengalaman itu bukti. Dan seorang pemandu jalan tak akan
membohongi rombongannya. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan
hati dan lebih agung pahalanya, selain berdzikir kepada Allah.
{Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.}
(QS. Al-Baqarah: 152)

Berzikir kepada Allah adalah surga Allah di bumi-Nya. Maka, siapa
yang tak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki surga-Nya di
akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari
pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan zikir
merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan
kebahagian hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaatuikir, cuba perhatikan
kembali beberapa pesan wahyu Ilahi. Dan cubalah mengamalkannya pada
hari-hari Anda, niscaya Anda akan mendapatkan kesembuhan.
Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kegalauan,
kecemasan dan kesedihan akan sirna. Bahkan, dengan berzikir kepada-
Nya segunung tumpukan beban kehidupan dan permasalahan hidup akan
runtuh dengan sendirinya.

Tidak mengherankan bila orang-orang yang selalu mengingat Allah
senantiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Itulah yang memang seharusnya
terjadi. Adapun yang sangat mengherankan adalah bagaimana orang-orang
yang lalai dari berzikir kepada Allah itu justru menyembah berhala-berhala
dunia. Padahal,
[(Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui
bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan.]
(QS. An-Nahl: 21)
Wahai orang yang mengeluh karena sulit tidur, yang menangis karena
sakit, yang bersedih karena sebuah tragedi, dan yang berduka karena suatu
musibah, sebutlah nama-Nya yang kudus! Betapapun,
{Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut
disembah)?}
(QS. Maryam: 65)
Semakin banyak Anda mengingat Allah, pikiran Anda akan semakin
terbuka, hati Anda semakin tenteram, jiwa Anda semakin bahagia, dan
nurani Anda semakin damai . Itu, karena dalam mengingat Allah
terkandung nilai-nilai ketakwalan kepada-Nya, keyakinan penuh kepada-
Nya, ketergantungan diri hanya kepada-Nya, kepasrahan kepada-Nya,
berbaik sangka kepada-Nya, dan pengharapan kebahagiaan dari-Nya. Dia
senantiasa dekat ketika si hamba berdoa kepada-Nya, senantiasa mendengar
ketika diminta, dan senantiasa mengabulkan jika dimohon. Rendahkan dan
tundukkan diri Anda ke hadapan-Nya, lalu sebutlah secara berulang'-ulang
nama-Nya yang indah dan penuh berkah itu dengan lidah Anda sebagai
pengejawantahan dari ketauhidan, pujian, doa, permohonan dan permintaan
ampunan Anda kepada-Nya.

Dengan begitu, niscaya Anda — berkat kekuatan dan pertolongan
dari-Nya — akan mendapatkan kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan,
cahaya penerang dan kegembiraan. Dan,
{Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia, dan pahala yang
baik di akhirat.}
(OS. Ali 'Imran: 148)

Sesuatu yg Hilang Pasti Diganti

|

Ganti Itu dari Allah
Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari Anda, kecuali Dia
menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu terjadi apabila Anda
bersabar dan tetap ridha dengan segala ketetapan-Nya.
"Barangsiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar, maka
Aku akan mengganti kedua(mata)nya itu dengan surga." (Al-Hadits)
dan,
"Barangsiapa Kuambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan
ridha(Ku), niscaya Aku akan menggantinya dengan surga." (Al-Hadits)
Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar,
maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul
Hamd (Istana Pujaan).
Maka, Anda tak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa
Anda, sebab yang menentukan semua itu adalah Dzat yang memiliki surga,
balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar.
Para waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cobaan akan
mendapatkan penghormatan yang agung di surga Firdaus. Itu tersirat dalam
firman-Nya,
{Selamat atasmu karena kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat
kesudahan itu.}
(QS. Ar-Ra'd: 24)
Betapapun, kita harus selalu melihat dan yakin bahwa di sebalik musibah
terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berhujung pada
kebaikan kita. Dengan begitu, kita akan termasuk,

{Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempuma dan rahmat dari Rabb
mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.}
(QS. Al-Baqarah: 157)
Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah
dan kabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat
miskin. Adapun akhirat, lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di
dunia mendapat musibah ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak,
dan barangsiapa hidup sengsara di dunia ia akan hidup bahagia di akhirat.
Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya
mendambakan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan
dunia. Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan
kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini
hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu
memandang musibah sebagai petaka besar yang mematikan. Mereka juga
akan memandang setiap cobaan sebagai sesuatu yang gelap gulita selamanya.
Ini adalah karena mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya
dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tak berharga ini.
Wahai orang-orang yang tertimpa musibah, sesungguhnya tak ada
sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justru beruntung, karena Allah
selalu menurunkan sesuatu kepada para hamba-nya dengan "surat
ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimatnya terdapat suatu kelembutan,
empati, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja
yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar,
mata yang jernih dan pola pikiran yang panjang. Dengan begitu, ia akan
menyaksikan bahwa buah manis dari musibah itu adalah:
{Lalu, diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah
dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.}
(QS. Al-Hadid: 13)
Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi,
lebih utama, dan lebih mulia.

Senyumlah!

|

Tersenyumlah!
Tertawa yang wajar itu laksana 'balsem' bagi kegalauan dan 'salep'
bagi kesedihan. Pengaruhnya sangat kuat sekali untuk membuat jiwa
bergembira dan hati berbahagia. Bahkan, karena itu Abu Darda' sempat
berkata, "Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku.
Dan Rasulullah s.a.w. sendiri sesekali tertawa bingga tampak gerahamnya.
Begitulah tertawanya orang-orang yang berakal dan mengerti tentang
penyakit jiwa serta pengobatannya."

Dan salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni surga
adalah tertawa.
{Maka pada hari ini orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir.}
(QS. Al-Muthaffifin: 34)
Orang Arab senang memuji orang yang murah senyum dan selalu
tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan
pertanda kelapangan dada, kedermawanan sifat, kemurahan hati,
kewibawaan perangai, dan ketanggapan pikiran.


Dalam Faidhul Khathir, Ahmad Amin menjelaskan demikian: "Orang
yang murah tersenyum dalam menjalani hidup ini bukan saja orang yang
paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang paling sanggup memikul tanggung jawab, orang
yang paling tabah menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan,
serta orang yang paling dapat menciptakan hal-hal yang bermanfaat bagi
dirinya sendiri dan orang lain."

Cukuplah Allah Sebaik-baik Penolong & Pelindung

|

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, bertawakal kepada-Nya,
percaya sepenuhnya terhadap janji-janji-Nya, ridha dengan apa yang
dilakukan-Nya, berbaik sangka kepada-Nya, dan menunggu dengan sabar
pertolongan dari-Nya merupakan buah keimanan yang paling agung dan
sifat paling mulia dari seorang mukmin.
Dan ketika seorang hamba tenang
bahwa apa yang akan terjadi itu baik baginya, dan ia menggantungkan setiap
permasalahannya hanya kepada Rabb-nya, maka ia akan mendapatkan
pengawasan, perlindungan, pencukupan serta pertolongan dari Allah.
Syahdan, ketika Nabi Ibrahim a.s. dilempar ke dalam kemarakan api, ia
mengucapkan, "Hasbunalldh wa ni'mal wakil," maka Allah pun menjadikan
api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar.
Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya. Tatkala
mendapat ancaman dari pasukan kafir dan penyembah berhala, mereka juga
mengucapkan, "Hasbunallah wa ni'mal wakil."
{(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.
Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka
tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah
mempunyai karunia yang besar.}
(QS. Ali 'Imran: 173-174)

Manusia tidak akan pernah mampu melawan setiap bencana,
menaklukkan setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka dengan
kekuatannya sendiri. Sebab, manusia adalah makhluk yang sangat lemah.
Mereka akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila
bertawakal kepada Rabb-nya, percaya sepenuhnya kepada Pelindungnya,
dan menyerahkan semua perkara kepada-Nya. Karena, jika tidak demikian,
jalan keluar mana lagi yang akan ditempuh manusia yang lemah tak berdaya
ini saat menghadapi ujian dan cubaan?
{Dan, hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benarbenar
beriman.}
{Dan, orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah
menghapus amal-amal mereka.}
(QS. Muhammad: 8)

(QS. Al-Ma'idah: 23)
Wahai orang yang ingin menyadarkan dirinya, bertawakallah kepada
Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya.
Itu bila Anda mau keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana.
Jadikanlah "hasbunallah wa ni'mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu
menyelimuti langkah hidup Anda. Jika harta Anda sedikit, hutang Anda
banyak, sumber penghidupan Anda kering, dan mata pencaharian Anda
terhenti, mengadulah kepada Rabb-mu seraya mengucapkan, "Hasbunallah
wa ni'mal wakil."
Jika Anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap perlakuan
orang zalim, atau khawatir dengan suatu bencana, maka ucapkanlah dengan
tulus kalimat ini: "Hasbunallah wa ni'mal wakil."
{Dan, cukuplah Rabb-mu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong.}
(QS. Al-Furqan: 31)

La tahzan

cinta

|

Orang yang berlebihan dalam
mencinta sesuatu, jiwanya
akan bisa berpaling darinya, terkadang
justru cinta akan beralih
menjadi kebencian,
melaikan cintanya hanya untuk Allah.

Banyak cara dapat Mengusir kesedihan

|

Istirehat bagi orang mukmin itu kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh, dan penganguran adalah kebathilan. Dan kebanyakan manusia yang bersusah hati, berdukacita dan bersedih dalam hidup adalah penganggur yang tiada pekerjaan. Adapun manfaat yang mereka perolehi dari semua itu hanyalah sekadar khabar angin dan banyak angan-angan yang tiada berguna. Itulah keuntungan yang juga diraih oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yg bermakna dan berbuahkan pahala.

Oleh itu, begeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat anda! Manfaatkan waktu kita dengan sebaik2 nya, dan jangan biarkan sedetikpun waktu kita terbuang dengan sia2, Ingatlah sehari sahaja dibiarkan waktu kita kosong tanpa sebarang kegiatan, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh . Dan apabila berlaku sedemikian, maka kita akan menjadi lapangan permainan syaitan.

Berbuat Baiklah Terhadap Orang Lain

|

Berbuat Baik Terhadap Orang Lain,
Melapangkan Dada
Ketika diri Anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah
terhadap sesama manusia, niscaya Anda akan mendapatkan ketentraman
dan kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang
yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang
yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang
terkena musibah, niscaya Anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua
sisi kehidupan Anda!
Perbuatan baik itu laksana wewangian yang tidak hanya mendatangkan
manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya.

Menebar senyum manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak"
merupakan sedekah jariyah. Ini, tersirat dalam tuntunan akhlak yang
berbunyi, "... meski engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri."
(Al-Hadits)
Sedang kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit
terhadap orang lain yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Gaib.

Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang
kehausan dapat membuahkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Ini merupakan bukti bahwa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha
Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi
Maha Terpuji.
Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan,
kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan,
sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong,
dan meringankan beban sesama. Dengan semua itu, niscaya kalian akan
mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna, dan juga
hakekatnya.
{Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan
Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.}
(QS. Al-Lail: 19-21)

Yang Lalu Biarlah Berlalu

|

Yang Lalu Biar Berlalu

Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa
dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama
artinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur
masa depan yang belum terjadi.

Bagi orang yang berfikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak
pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam
'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan
selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus
cahaya. Yang demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan
tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup
memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya
menjadi terang, dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali,
karena ia memang sudah tidak ada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah
payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu!
Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke
tempatnya terbit, seorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang
ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingatlah, keterikatan Anda
dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya,
keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda
pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan,
dan sekaligus menakutkan.
Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa
depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat
berharga. Dalam al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum
dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan, "Itu
adalah umat yang lalu." Begitulah, ketika suatu perkara habis, maka selesai
pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman
dan memutar kembali roda sejarah.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang
yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu.
Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang
meratapi masa lalunya demikian: "Janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat
itu dari kuburnya."

Adalah bencana besar, manakala kita rela mengabaikan masa depan
dan justru hanya disibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan
kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi bagsal
yang telah lapuk. Padahal, betapapun seluruh manusia dan jin
bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, niscaya
mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah
mustahil pada asalnya.
Orang yang berpikiran jernih tidak akan pernah melibat dan sedikitpun
menoleh ke belakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan, air
akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala
sesuatu bergerak maju ke depan. Maka itu, janganlah pernah melawan sunah
kehidupan! fikirkanlah..

La tahzan

Jika diri Mu dilanda kesusahan

|

Jika dirimu dilanda kesusahan
bisikkanlah harapan yang menjanjikan kepadanya
maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang,
Perisalah dirimu dengan harapan
agar tidak putus asa
hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu.
Tutupilah kesedihanmu dari teman-teman
kerana di antara teman-temanmu
ada orang-orang yang dengki
dan senang dengan penderitaan orang lain.
Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu
kerana hal ini akan membuat bersangkutan
mati sebelum waktunya.
Kecemasan itu tidak selamanya
mengongkong seseorang
sebagaimana kegembiraan pun
tidak selamanya menghiasnya.
Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal
nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini
bagi orang-orang yang waspada.

Bait-bait syair Ali bin Syibi
|

Berharaplah Akan Redha Allah Semata

ALLAH menciptakan hambaNYA agar selalu mengingatiNYA, dan DIA menganugrahkan rezeki kepada setiap makhluk ciptaannya agar kita selalu bersyukur padaNYA. Namun, kita justeru banyak menyembah selain DIA dan banyak pula yang bersyukur kepada selain DIA.

Tabiat untuk mengikari, membangkang dan meremehkan suatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia.Kerana itu anda takperlu hairan dan resah bila mendapati mereka mengikari kebaikan yang penah anda berikan, mencampakkan budi baik yang anda telah tunjukkan, serta melupakan bakti yang anda telah persembahkan. Bahkan, anda tidak usah resah bila mereka memusuhi anda dengan sagat keji dan membenci anda sehingga mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru anda kerana anda berbuat baik kepada mereka.

Cuba kita buka cacatan dunia tentang perjalan hidup ini! Seorang ayah/ibu telah memelihara anaknya dengan baik, ia memberi makan pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi orang pandai,rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun sebaliknya, ketika sudah bermisai lebat dan kuat tulang-belulangnya, tiba-tiba menjadi seperti anjing liar, meremehkan jasa orang tuanya, Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan,acuh tak acuh, bongkak,dan derhaka terhadap orang tuanya.

begitulah juga ,tidak perlulah tekejut manakala menghadiahkan sebatang pana kepada orang bebal, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada anda. dan tidak usah terkejut, bila orang yang anda beri tongkat untuk membantunya justeru memukul tongkat itu ke kepala anda. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengikari dan tidak penah besyukur kepada Peciptanya sendiri YANG MAHA AGUNG...maka apatah lagi pada anda.

Ingatan untuk ku, berbuatlah kebaikan hanya demi ALLAH semata,mengharapka RedhaNYA, pastinya anda tidak akan terusik dengan kebencian mereka, dan tidak akan merasa terancam oleh perlakuan keji mereka! Kita harus bersyukur pada Allah kerana dapat berbuat baik ketika orang2 disekitar berbuat jahat. Dan ketahui tangan diatas itu lebih baik dari tangan dibawah.

(Sambil brkata dengan lidah dan hati) "sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana ALLAH semata-mata; kami tak akan berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih". (al-Insan: 9) ...Wassalam.
|

RENUNGLAH DAN BESYUKURLAH

Setiap manusia wajiblah selalu mengingati nikmat Allah pada kita,kerana nikmatnya meliputi dari hujung rambut hingga kedua bawah tapak kaki,kesihatan ,keamanan negara, makan dan minum sedangkan masih ada saudara kita yang masih KEBULURAN.

Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan satu yang biasa, padahal masih banyak manusia yang tidak mempunyai kaki! Apakah kita masih mengira bahawa bediri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua kakinya. Apakah kita merasa nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara banyak manusia lain yang tidak dapat tidur disebabkan ketakutan dalam peperangan dan kesakitan yang menganggu. pernahkah kita merasa NISTA ketika sedang menyatap makanan yang lazatdan minuman yang digin, sementara orang lain yang tak dapat makan dan minum kerana kemiskinan, dan kebuluran. Sedarlah oh..diriku yang mudah lupa.

Kita sebenarnya telah telah meraup kenikmatan yang tida terhitung dan kesempurnaan tubuh badan dan segalanya, tetapi sayang kita sering tak menyedarinya.Bahkan kita sering hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang bersih untuk diteguk, dapat tidur yang nyenyak,dan kesihahatan yang stabil.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan mata. Kita merasa sedih kerana kekurangan meterial, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan dan masih banyak lagi. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukur wahai diri ku..!






Bacalah Wahai Umat islam & Sedarlah

|

Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini. Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa?Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman?Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang tua dan pemuda-pemuda.Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid