Kami Bertaubat YA ALLAH..

|


Ya Allah..Ya Tuhan kami
hamba-hamba Mu yang dhoif dan tidak berdaya ini menadah tangan..
memohon munajat meminta kepada Mu Ya Allah. degarlah rayuan hamba MU ini,
ampunilah kami, ampunkan lah dosa kedua ibu bapa kami, jadikan lah kami insan-insan yang mentaati perintah Mu, bukakanlah hati-hati kami Ya Allah, Jangan ENGKAU butakan hati kami dari melihat kebenaran..jangan ENGKAU tutup hati kami YA ALLAH..
dari menerima ajaran MU, kami tidak mahu menjadi fitnah di hari yang kekal abadi iaitu hari akhirat.
Kami yang tak berdaya ini menadah tangan..
Kami memohon taubat pada Mu..YA ALLAH
dengan sungguh-sungguh
kami akan kembali pada MU YA ALLAH
kami sesungguhnya menyesal diatas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan
Bawakanlah kami kejalan yang lurus, iaitu jalan yang ENGKAU redhai,
istiqomahkan kami YA ALLAH..hingga akhir hayat kami....Aminn..Ya Rabul A'lamin.

0 comments:

Post a Comment