|

RENUNGLAH DAN BESYUKURLAH

Setiap manusia wajiblah selalu mengingati nikmat Allah pada kita,kerana nikmatnya meliputi dari hujung rambut hingga kedua bawah tapak kaki,kesihatan ,keamanan negara, makan dan minum sedangkan masih ada saudara kita yang masih KEBULURAN.

Apakah kita mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan satu yang biasa, padahal masih banyak manusia yang tidak mempunyai kaki! Apakah kita masih mengira bahawa bediri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua kakinya. Apakah kita merasa nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara banyak manusia lain yang tidak dapat tidur disebabkan ketakutan dalam peperangan dan kesakitan yang menganggu. pernahkah kita merasa NISTA ketika sedang menyatap makanan yang lazatdan minuman yang digin, sementara orang lain yang tak dapat makan dan minum kerana kemiskinan, dan kebuluran. Sedarlah oh..diriku yang mudah lupa.

Kita sebenarnya telah telah meraup kenikmatan yang tida terhitung dan kesempurnaan tubuh badan dan segalanya, tetapi sayang kita sering tak menyedarinya.Bahkan kita sering hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang bersih untuk diteguk, dapat tidur yang nyenyak,dan kesihahatan yang stabil.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan mata. Kita merasa sedih kerana kekurangan meterial, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan dan masih banyak lagi. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukur wahai diri ku..!






0 comments:

Post a Comment