Cukuplah Dunia Ini Hanya Berada di Tangan Ini..

|


YA ALLAH.. CUKUPLAH DUNIA INI HANYA BERADA DI TANGAN KAMI. JANGAN SEKALI-KALI MEMBIARKAN DUNIA BERTAKHTA DI HATI SANUBARI KAMI...AMINNN


Dari alam ruh kita dipindahkan ke alam rahim, hingga akhirnya kita bernafas di bumi ini.Ketika hidup, kita melalui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa, dan seterusnya, kita akan dimatikan dan dihidupkan semula pada suatu masa yang telah ditentukan.

Jika kita renungi dengan hati yang bersih, ternyata kehidupan di dunia ini tidak lama. Menurut ukuran manusia normal, mungkin hanya hidup selama 60-70 tahun. Dalam masa itu pun, mungkin terdapat banyak waktu yang berlalu tanpa erti. Akhirnya, pasti kita semua akan mati.

Mengharapkan kebaikan akhirat bukan bererti melupakan sama sekali kehidupan dunia. Namun, kita tidak boleh diperbodohkan oleh dunia. Kita harus menggenggamnya, menguasainya, dan menafaatkannya dengan sebaik mungkin. Cukuplah dunia ini hanya berada ditangan kita. Tetapi jangan sekali-kali membiarkan dunia bertakhta di hati sanubari kita. Ia akan membahayakan perjalanan hidup kita nanti. Ingatlah, sesuatu yang kita pegang tentu akan mudah untuk kita lepaskan jika ia membahayakan kita. Dan pastinya sesuatu yang beraja dihati akan sukar untuk kita lepaskan... WAALLAH HUA'LAM.

Bercinta Dengan ALLAH..?

|


Tanda Cinta seorang hamba kepada Allah adalah ketika dia takut akan ancaman api neraka. Sedamgkan tanda cinta yang setinggkat diatasnya adalah ketika seorang hamba mengharap kenikmatan syurga..

Akan tetapi, tahukah bahawa puncak dari segala derajat cinta adalah keinginan yg demikian menggebu untuk dapat selalu menghadirkan ALLAH di hati. Tekad kuat untuk selalu bersama syariat-NYA dalam segenap sisi kehidupan. Cinta yang melebihi segala cinta kepada sang kekasih, keluarga dan sanak saudara. Memosisikan Allah layaknya Sang Kekasih hati yang selalu berharap berjumpa dengan-NYA, mendekatkan diri pada-NYA dengan berbagai cara, dan rindu untuk menjerut tali kasih serta berjumpa dengan-NYA.

Betapa indahnya bercinta dengan ALLAH,yang dengan cinta-NYA, seluruh isi bumi dan langit pun memuji-NYA.

Jawapan nya Ada Pada Islam

|

Rapper Perancis peluk Islam





Majalah Paris Match edisi 8 Oktober 2009 menyiarkan artikel mengenai pengislaman penyanyi rap Perancis, Diam's atau nama sebenarnya, Melanie Georgiades, lengkap dengan gambarnya berjubah dan bertudung.

Menurut artikel itu, Diam's, sejak memeluk Islam dan berpakaian demikian tidak pernah lagi meninggalkan rumah tanpa menutup aurat, jauh sekali daripada bersalaman dan berciuman dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam edisi 8 September 2009, ia menyiarkan gambar penyanyi berkenaan keluar dari sebuah masjid di Paris. Gambar itu rakam secara sembunyi oleh jurugambar majalah itu ketika Diam;s keluar dari Masjid Gunfille, timur laut Paris, bersama-sama suaminya.

Penampilannya begitu berbeza jika dibandingkan dengan gaya pemakaiannya dalam siaran televisyen selaku penyanyi rap sebelum ini.

Bagaimanapun, perubahan drastik Diam's berlaku dua bulan selepas dia berkahwin dengan pemuda Islam yang hanya dikenali sebagai Aziz. Ia juga berkait dengan tekanan perasaan yang dialami penyanyi itu selepas meraih kejayaan.

Tekanan perasaan itu, menurut Paris Match, mendorong Diam's mengasingkan diri di samping mencari jalan alternatif bagi membolehkannya menjalani kehidupan lebih sempurna.

Dia pernah berkata kepada media Perancis : "Saya gagal menemui penyelesaian terhadap masalah yang selama ini membelenggu jiwa saya, termasuk menerusi perubatan. Kerana itu saya beralih kepada agama."

Dan dalam satu lagi kenyataannya, dia berkata: "'Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram seperti yang diinginkan. Saya hanya memperoleh ketenteraman itu daripada Allah SWT."

Sumber berkata, rapper itu mengenali Islam menerusi beberapa temannya yang menganut agama itu, termasuk artis Perancis keturunan pendatang, seperti Amel Bent yang keturunan Maghribi dan Jamal Dabouz yang banyak membantu kariernya.

Menurut laporan, ibu bapa Diam's yang beragama Katolik bercerai ketika dia masih kecil dan penyanyi itu pernah cuba membunuh diri ketika berusia 15 tahun.

Dia dilahirkan pada 25 Julai 1980 di Nicosia, Cyprus dan ibu bapanya keturunan Perancis dan Greese.

Karier muziknya bermula apabila dia menyertai sebuah kumpulan amatur pada 1994.

Pada 1998, dia menandatangani perjanjian perkembangan bakat dengan BMG Music. Dengan bantuan penerbit itu, Diam's menyertai Universal Records pada 1999. Dia muncul dengan lagi dalam album DJ Mehdi pada 2002 berjudul '(The Story Of) Espion.'

Lagu Brut de Femme yang dirakam pada 2003 menjulang namanya apabila ia berjaya meraih 10 tempat teratas lagu terbaik di Perancis.

Setahun berikutnya, rapper itu mula membabitkan diri dalam penulisan lirik lagu dengan 'Ma Philosophie,' yang dinyanyikan oleh bintang Pop Idol, Amel Bent. Lagu itu berjaya menduduki senarai teratas lagu terbaik Perancis pada 2005.

Album Dans Ma Bulle yang mengandungi lagu nyanyian Diam's dijual sebanyak 50,000 keping pada minggu pertama pelancarannya sementara single pertamanya dari album itu, La Boulette mendapat sambutan hangat dan kekal di tempat pertama carta lagu popular Perancis selama enam minggu berturut-turut.

Lagunya Jeune Demoiselle, Ma France à moi dan Confessions nocturnes juga mendapat sambutan.

Dans Ma Bulle seterusnya menjadi album paling banyak terjual di Perancis pada 2006 hingga mencapai status intan (jualan melebihi sejuta keping). Ia juga membolehkan Diam's meraih anugerah Aksi Terbaik Perancis pada Anugerah MTV Muzik Eropah pada tahun berkenaan.

Diam's turut terkenal sebagai aktivis politik menerusi lirik lagu dan juga kegiatan hariannya. Dia menentang kuat dasar antipendatang parti pelampau kanan negara itu yang diketuai Jean-Marie Le Pen. Turut menjadi sasaran sindirannya menerusi lagu ialah Presiden Perancis ketika ini, Nicolas Sarkozy.

Lagu-lagunya juga sering diputar dalam kempen Amnesty International.

Sekalipun telah menjadi muslimah dan berpakaian menutup aurat, namun Diam's tidak terus meninggalkan industri muzik.

Dia ketika ini sibuk menyiapkan album baru bertema Anak-Anak Sahara, yang mengisahkan bencana kelaparan dan penderitaan yang dialami oleh anak-anak di benua kecil Sahara.

Dalam klip terbarunya, dia tetap membawakan lagu rap tetapi dengan gaya dandanan yang jelas berbeza berbanding sebelumnya. Dalam setiap penampilan barunya kini ia pasti menutup auratnya, termasuk rambut,

Diam's memeluk Islam ketika media massa dan dunia politik Barat banyak mengulas mengenai Islam, terutama selepas serangan 11 September 2001. Media Massa Perancis sebelum ini turut mengulas panjang lebar mengenai pengislaman Franck Ribery, pemain bola sepak negara itu selepas berkahwin dengan wanita keturunan Maghribi.

Selamat Menjadi tetamu Allah

|

Selamat menjadi tetamu Allah..selamat menunaikan haji pada tahun ini

Allah s.w.t. telah menjadikan Rumah Allah yang mulia (Ka’bah) itu tempat perkunjungan orang ramai dan tempat aman kesentosaan, dan Allah telah meletakkannya di tempat yang paling tinggi, dengan dinisbahkannya kepada diriNya sebagai tanda kemuliaan, kehormatan dan keutamaan. Kemudian Allah telah menjadikan berziarah kepadanya serta bertawaf di sekelilingnya sebagai pelindung antara hamba dengan penyiksaanNya.

Haji itu pula merupakan salah satu dari Rukun-rukun Islam dan sendi-sendinya yang terkuat, diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan menyempurnakan ibadat Haji itu akan tersempurna pulalah Islam seseorang itu dan lengkaplah agamanya.

CARA UNTUK MENGENALI KESUKAAN SESEORANG

|

Kalau kita nak tahu seseorang itu apa kesukaannya,
Tidak perlu berkenal berlama-lama,
Sekalipun orang itu kita belum kenal dengannya,
Kalau kita berbual-bual dengannya sejam lamanya,
Kita kenal siapa dia,
Kalau boleh biarkan dia bercakap kita mendengar sahaja,
Apa yang dia banyak cakapkan,Itulah dirinya,
Berdasarkan panduan Rasulullah menyebut
“Kalau seseorang itu suka sesuatu banyak menyebutnya”
Kalau di masa satu jam itu dia banyak bercerita tentang makan minum,
Itulah dia kesukaannya,Kalau dia banyak menyebut duit dan kekayaan,Itulah dia jiwanya,Kalau dia banyak menyebut perempuan,
Itulah hobinya,Kalau dia menyebut banyak kesusahanErtinya dia tidak sanggup menanggung penderitaan,
Kalau orang itu suka menyebut dirinya,
kelebihannyaDan kemampuannya,
Orang itu hidupnya suka orang memujinya,
Kalau orang itu suka menyebut kejahatan orang Dan keburukan orang,Orang itu adalah jahat, itu kaki mengumpat namanya,
Kalau ilmu dia suka menyebutnya,
Kalau suka membaca dan beritahu orang itu hobinya ilmuAtau suka menunjuk-nunjuk ilmu,Kalau orang itu menyebut Tuhan selalu,
Menyebut-nyebut dosanya, merasa lemah dan bersalah,Selalu diulang-ulang perkataan itu di dalam perbualannya,
Menunjukan orang itu beragama,
Begitulah seterusnya kalau orang itu berkataDi dalam perbualannya dengan kitaBanyak menyebut tentang sesuatu perkara,
Itulah kesukaannya,Begitulah kita kalau hendak mengenali orang,Sekalipun kita tidak kenal dia,Kalau kita berjumpa dia dengar sahaja dia berkata-kata,Cukup sejam sahaja,Kita kenal siapa dia.

Allah Sumber Bahagia

|

Allah Taala adalah sumber bahagia
Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa sedap
Sekalipun belum tentu dikabulkan doa
Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan
Sudah terasa lazatnya
Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya
Allah Taala terasa dekat
Tapi tidak berantara dan bercara
Ia terasa ada di mana-mana
Tapi tidak ada di sana
Kita terasa sangat Ia bersama kita
Semuanya tidak bercara
Tuhan dirasakan sangat diperlukan
Masya-Allah indahnya bertuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata
Setiap detik dia mengurniakan
Allah! Allah! Allah!
Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita
Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan!

PADA ALLAH ADA SEGALA-GALANYA

|


Pada Allah ada segala-galanya, rebutlah, rebutlah
Pada-Nya ada keindahan, padanya ada kebahagiaan, padanya ada ketenangan
Pada-Nya ada keselamatan, pada-Nya ada jaminan
Carilah, carilah, tiada lain selain Allah
Mencari keindahan dengan Allah tidak akan berkesudahan
Mencari kebahagiaan dengan Allah tiada akhirnya
Mencari ketenangan dengan Allah tiada kecewa
Carilah, rebutlah, carilah
Keselamatan hakiki pada Allah serahlah diri pada-Nya
Jangan ragu-ragu jadikanlah Allah penyelamat kita
Tiada penyelamat selain dari Allah
Serahlah diri Allah menjamin keselamatan kita
Banyak manusia mencari kebahagiaan tidak nampak jalan
Banyak manusia mencari keselamatan, tapi jurang diterjuninya
Banyak manusia mencari ketenangan , tidak berjumpa
Kerana panduan adalah akal dan nafsunya
Bukankah Quran jalannya, Hadis penyuluhnya
Tiada jalan selainnya, tiada penyuluh selainnya
Tempuhlah jalan ini, gunakan penyuluhnya
Segala-galanya kita akan dapat dari Tuhan